Perkhidmatan Perkhidmatan

Kesedaran Semasa

Perkhidmatan Kesedaran Semasa disediakan untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai maklumat terkini yang terdapat di Perpustakaan. Perpustakaan mengedarkan mingguan ulasan  Perolehan buku, hal undang-undang berkaitan sumber asli dan alam sekitar dan perkhidmatan awam untuk kemudahan pencarian maklumat warga KATS.

Maklumat & Rujukan

Perkhidmatan maklumat dan rujukan disediakan untuk membantu pengguna mendapatkan bahan dan maklumat dalam bidang air, tanah dan sumber asli yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Maklumat dicari dan diperolehi secara online dan bahan dalam koleksi serta diemel kepada pengguna.

Pinjaman & Pemulangan

Semua warga KATS perlu mendaftar sebagai ahli Perpustakaan bagi membolehkan mereka meminjam 4 buku/bahan untuk tempoh dua minggu. Keahlian adalah terbuka kepada warga Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sahaja. Pemulangan buku boleh dilakukan pada waktu operasi perkhidmatan perpustakaan.

Kemudahan Fotokopi

Kemudahan membuat salinan foto bahan perpustakaan disediakan terutama untuk Akta Perundangan, jurnal, buku teks dan lain-lain untuk pegawai dan staf KATS tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Hak Cipta Malaysia, 1987.

Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan ini disediakan melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) untuk warga KATS yang ingin meminjam buku atau mendapatkan salinan dokumen/artikel dari perpustakaan lain. Permohonan boleh dikemukakan kepada Pustakawan Rujukan atau staf yang bertugas di kaunter perkhidmatan.