Selamat Datang

Peraturan Perpustakaan

 PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

PERATURAN AM

  • Pengguna perpustakaan dikehendaki memakai kad pas keselamatan bangunan atau pas pelawat semasa berada di perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah berpakaian bersih, kemas dan sopan.
  • Tidak dibenarkan bising, makan, minum dan merokok dalam perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan merosakkan bahan-bahan perpustakaan seperti mengoyak, memotong dan menconteng.
  • Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kerosakan dan kecederaan yang mungkin ditanggung oleh pengguna semasa berada di dalam perpustakaan.
  • Pelawat yang ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan NRE hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.
PERATURAN PINJAMAN 
  • Terbuka kepada warga Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) serta agensi dibawahnya sahaja.
  • Kelayakan pinjaman buku adalah seperti berikut:

BIL.
JAWATAN
KELAYAKAN PINJAMAN
TEMPOH PINJAMAN
KELAYAKAN PEMBAHARUAN
1.
GRED UTAMA
5
1 BULAN
1 KALI
2.
SETIAUSAHA BAHAGIAN
5
1 BULAN
1 KALI
3.
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA
5
1 BULAN
1 KALI
4.
PENOLONG SETIAUSAHA
5
1 BULAN
1 KALI
5.
KUMPULAN SOKONGAN
4
2 MINGGU
1 KALI

  • Surat peringatan pertama dikeluarkan dua (2) hari bekerja selepas tarikh tamat tempoh pinjaman.
  • Surat peringatan kedua akan dikeluarkan selepas satu (1) minggu dari peringatan pertama.
  • Surat peringatan ketiga akan dikeluarkan selepas dua (2) minggu dari peringatan pertama.
  • Tidak membenarkan pinjaman baru dilakukan sehingga semua bahan pinjaman yang telah tamat tempoh dikembalikan.
DENDA KEHILANGAN DAN KEROSAKAN BAHAN PERPUSTAKAAN
  • Kehilangan dan kerosakan bahan perpustakaan hendaklah dilaporkan pada kadar segera kepada perpustakaan.
  • Peminjam dikehendaki membayar pada kadar harga yang ditetapkan oleh perpustakaan atau membuat penggantian bahan yang sama judul dan kualiti.
TEMPAHAN BAHAN PERPUSTAKAAN
  • Satu tempahan sahaja dibenarkan pada satu masa.
  • Bahan yang ditempah hendaklah dituntut dalam tempoh 2 hari selepas tarikh tempahan. Sekiranya tidak dituntut, pihak perpustakaan berhak menyerahkan bahan tersebut kepada peminjam lain.