Latar Belakang Latar Belakang

Perpustakaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK).  Berikutan pengumuman pembentukan Kabinet baru oleh YAB Perdana Menteri Hj. Abdullah Ahmad Badawi pada 27 Mac 2004 KTPK telah dibubarkan dan diwujudkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dimana beberapa Jabatan diletakkan di bawah Kementerian seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,  Jabatan Pengaliran dan Saliran, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Lokasi awal perpustakaan adalah di bangunan Kementerian Tanah yang   terletak di jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pada Tahun 2006 Perpustakaan telah berpindah ke Putrajaya dan ditempatkan di aras 13 Bangunan Wisma Sumber Asli. Pada tahun 2010, sekali lagi perpustakaan dipindahkan ke aras G yang pada asalnya adalah sebuah dewan yang diubahsuai menjadi perpustakaan, gymnasium dan ruang pejabat. Kedudukan perpustakaan pada masa ini yang berada di laluan utama Wisma Sumber menjadikan perpustakaan sebagai tempat tumpuan samada di kalangan warga NRE mahupun pengunjung.  

Setelah diberi penempatan baru kepada perpustakaan, maka secara tidak langsung perpustakaan memainkan peranan penting untuk menjana transformasi menjadi sebuah perpustakaan yang elit dan setanding dengan perpustakaan kementerian lain. Begitu juga harapan kementerian untuk menyokong kampus NRE, peranan perpustakaan menjadi lebih penting dan memerlukan  perubahan yang drastik dan mampu memenuhi kehendak stackholder.

Carta Organisasi Carta Organisasi