Koleksi Koleksi

Koleksi

Koleksi Pusat Sumber kini berjumlah lebih daripada 9,500 bahan meliputi buku, laporan undang-undang, terbitan bersiri dan statut perundangan. Koleksi Perpustakaan dikatalog dan diklasifikasikan mengikut Dewey Decimal Classification  dengan tajuk perkara mengikut Library of Congress Subject Headings. Judul-judul dalam koleksi Perpustakaan boleh diakses melalui Katalog Atas Talian (OPAC) dalam laman web KATS http://www.nre.gov.my/.

 

Koleksi Perundangan

Sumber utama perundangan boleh dirujuk dalam Warta Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Koleksi penting statut dan perundangan meliputi Ordinan, Akta, Akta Pindaan (A' Series), PU (A), PU (B), Enakmen dan PU Negeri, ditempatkan di sudut perundangan. Memandangkan bilangan naskhah terhad, koleksi perundangan dan bahan-bahan ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh dipinjam.

Terbitan Bersiri

Terbitan bersiri adalah koleksi Perpustakaan yang  terdiri daripada jurnal, majalah, surat khabar dan buletin yang dilanggan dan juga diterima sebagai hadiah. Perpustakaan  melanggan lebih daripada 23 judul majalah serta tujuh (8) judul surat khabar tempatan utama.